Monday 20 August 2012

Indon..tunggu aku tau.

Pic ciplak Mr Google

        Yeay !!! Travel iltinerary dah dapat. Nak kemana ??? Cer teka..cer teka..u olls tengok ler pic kat atas tu. Mana agaknyer yer ???

        Actually lama dah nak ke sana tapi selalu ada halangan tetapi kali ini my travel partner yang selalu tidak menghampakan i tu sekali lagi telah menunaikan hasrat kawannya ini :) Toce..toce wo de peng you..

       Tiada aral melintang Nov we olls akan fly. Doakan agar semua menjadi seperti yang dirancang. Amin.

       Kebetulan kelmarin berkumpul di rumah Tok, sepupu memberitahu yang dia buat pertama kali akan bercuti ke Hong Kong bersama suami serta anaknya. Maka kami pon rancak bercerita tentang travel beserta tempat-tempat menarik yang akan dilawati serta tempat-tempat yang dirancang akan pergi yang masih dalam angan-angan..hehe. Wallah..apabila jupa geng dapat bercerita serta berkongsi minat.

       Maka aku menambah list angan-angan iaitu inginkan suami yang juga traveller. So best..hehe. Mana nak tau kan ada jodoh dan rezeki aku maka angan-angan akan jadi kenyataan. Amin. Bukan per rasa selamat skit bila ada orang lelaki bersama merantau ke tempat orang. Boleh panjang langkah lagik..kuang kuang kuang.

       Maaf yer u olls, entry 'Kembara Kemboja' aku akan continue di suatu masa senggangku yang rajin..hehe. Lama bebenor yer terbengkalainya. Itu pon jika aku masih ingat jalan ceritanya dengan baik. Maklum ler dah tua-tua ni cepat benor hilangnya data memori card mindaku ini.

      Ok u olls. Masih belum terlambat rasanya nak ucapkan 'Selamat Hari Raya. Taqabbalallahu minna wa minkum to u olls'.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...