Sunday 6 May 2012

Cambodia

Jabatan kerajaan juga berukirkan angkor
Palace

       Tahun lepas berangan-angan hendak ke Cambodia. Ketika travel ke Sabah, K.Mar ada ajak-ajak ayam agar percutian seterusnya adalah Cambodia. Saya teruja namun masih tidak berharap kerana namanya pon adalah bual-bual kosong.

       Namun sepertimana terealisasi impian saya hendak ke Sabah akhirnya telah membawa ke dua destinasi berturut-turut dalam masa dua tahun iaitu ke Sarawak pada 2010. Manakala pada 2011 pula ke Sabah.

       Semuanya berlaku secara kebetulan apabila sahabat sepengajian mengajak untuk bercuti release tension. Dia di selatan dan saya di utara menemukan kami dalam satu kapal terbang untuk bercuti. Juga menemukan saya dengan K.Mar yang sudah travel ke beberapa buah negara dan pernah seorang diri ke UK. Wah ! saya seperti orang mengantuk yang disorongkan bantal nampaknya.

       Hanya saya dan K.Mar. Perancangan percutian dalam jangka waktu yang singkat bersama wang yang terhad. Namun mencapai matlamat kerana menjimatkan kos serta dapat berjalan dengan merenung kejadian dan kehidupan dengan mata hati. Bukan sekadar melihat dengan dua mata.

       Saya akan menyambung cerita di Cambodia dalam entry seterusnya.

       Tunggggggggggggggggguuuuuuuuuuuuuuu !!!!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...