Friday 11 May 2012

Phnom Penh ( 3rd day )

Salah satu istana dalam Royal Palace
        Hari kedua bersarapan di Holiday Villa. Buat pengetahuan korang, sajian di Holiday Villa halal. Jadinya bagi sesiapa yang nak mudah stay ler kat situ. Holiday Villa terdapat 26 cawangan di 10 buah negara. Cumanya bagi sesiapa yang nak budget lagi, di sini bukanlah tempat yang sesuai. Tokey Holiday Villa di Phnom Penh seorang Cina Penang. Sempat berjumpa beliau ketika makan tengahari.

Kami mengambil keputusan untuk round Phnon Penh dengan tuk tuk P.Cik sebab dia charge USD15 sedangkan Zamri charge USD20 yang mana majoriti dreba tuk tuk charge dengan harga tersebut. 

Destinasi pertama kami adalah Royal Palace. Tiket masuk USD6.25. Tempatnya cantik. Pemandangan yang menarik. Luas maka lotih gak ler nak berjalan. Banyak objek yang disnapped. Ramai pengunjung dari serata negara. 

National Museum
    Jam 9.45 terus ke National Museum pula. Tiket masuk USD3. Agak boring round dalam tu sebab banyak terdapat tokong Buddha maa. Bermula dari yang kepala sahaja, badan sahaja sehingga yang sebesar-besarnya. Separuh-separuh tu sebab sudah patah. Berada di dalam tu teringat melawat piramid dulu. Seorang ustaz kata bahawa tempat yang Allah murka ni hanya boleh datang sekali jer. Maka saya kata kat K.Mar nanti kalo kita datang lagi tak boleh mari doh ke sini. Hehe. Tah bila ler nak pegi semula la yer ???

     Namun saya tertarik pada seni bina muzium dan ukiran muzium tersebut. Pintunya sahaja..waduh-waduh. Antik maaa. Saya juga tertarik pada kawasan sekitar muzium yang redup serta banyak terdapat kedai-kedai kecil menjual lukisan. Tak sempat untuk round area tu membelek lukisan. Satu lagi may be K.Mar penulis tetap tak berminat dengan lukisan. Manakala saya ini penulis suam-suam kuku yang punyai minat yang beribu-ribu. Hehe.

Phnom Wat
  Wat Phnom antara tempat yang termasuk dalam senarai tuk tuk bawa jalan. Maka kami pun pi la. Aduyai. Penin maaa. Bau asap gaharu. Just naik dan sekali lalu. Waktu itu ramai penganut Buddha yang sembahyang dan semasa kami naik berselisih dengan pekerja yang membawa seekor babi bakar untuk upacara sembahyang. Cobaan betui pi negara bukan Islam. Tiket masuk USD1. Saya tidak cadangkan korang yang Muslim pergi situ melainkan nak buat kajian.

   Namun di situ saya tersentuh dengan seorang bekas tentera yang cacat menjual tisu dan cenderamata. Siap ada tulis lagi yang dia adalah bekas anggota tentera yang cedera waktu berkhidmat. Memakai seragam tentera bersama sebatang tongkat. Sebut tentera terus teringat akan arwah abah yang merupakan seorang sarjan.

Penjara Tuol Sleng @ s21
Objek menyeksa mangsa
    Asalnya K.Mar memang tak mahu pergi ke penjara Tuol Sleng atau lebih dikenali dengan S21. Saya pula antara tujuan utama nak ke Cambodia adalah untuk menyaksikan kekejaman Pol Pot. Setelah P.Cik bertanya maka melihat masih ada banyak waktu kami meneruskan perjalanan ke sana.

    Tiket USD2. Berbaloi melihat sejarah seorang manusia yang sanggup menyeksa bangsa sendiri. K.Mar hanya masuk bangunan A yang menempatkan bilik dengan sebuah katil besi untuk menyeksa mangsa sehingga ada yang mati kering di situ tanpa makan dan minum. Saya nak ambil gambar tapi K.Mar kata nanti ada makhluk lain yang akan muncul dalam gambar itu dan saya pun membatalkan niat. Haha.

    Antara tempat yang 'Dilarang senyum' adalah di situ. Siap ada papan tanda lagi agar 'Jangan Senyum'. Mula di pagar lagi sudah rasa kegerunan dan keseramannya. Namun saya masih meneruskan penjelajahan ke blok B dan C untuk melihat gambar bekas mangsa, senjata serta tempat penyeksaan rejim Komunis tersebut. Akibat kekusyukkan maka tidak banyak gambar saya ambil. Sedih, muram, suram menyelubungi setiap pelawat. Ada antara pelawat omputih wanita yang mengesat airmata. Masing-masing turut merasai kesengsaraan 17,000 sehingga ke 20,000 mangsa di situ.

   Saya membatalkan niat untuk ke blok D iaitu bangunan tiga tingkat yang lebih seram suasananya. Di blok B dan C juga saya hanya round tingkat bawah kerana bahagian atas masih dalam renovation. Satu lagi sian pula K.Mar tunggu lama-lama diluar. Padahal dalam pemerhatian blok D tidak ramai pelawat di situ. Ada sedikit takut maa. Haha.

    Jujurnya saya masih terasa seram sehingga pulang ke hotel sehingga ke hari terakhir di sana. Bukan seram takut hantu tetapi seram dengan kekejaman manusia yang mempunyai akal. Kadang cam tak cayo jo ada manusia sanggup buat cenggitu. Mula teringat Basyar Asad yang menyembelih beribu-ribu rakyat Syria yang masih belum tamat sehingga sekarang. Saya kata kepada K.Mar jika nanti Syria sudah aman dan dibina sebuah muzium maka saya akan ke Syria pula untuk menyaksikan kekejaman manusia penganut Syiah itu.

    Korang boleh ke sini untuk melihat gambar-gambar mangsa Pol Pot beserta sedikit info tentang S21.

Russian Market
Lunch : Claypot rice + watermeloon juice
    Untuk menghilangkan rasa sedih dan suram maka P.Cik mencadangkan kami ke Russian Market. Sebelum itu singgah sebuah kedai berhadapan Russian Market yang menjual patung serta benda-benda yang dibuat dari satu kayu ( lupa nama ) dari satu pokok ( lupa nama juga..huhu ) yang berbau wangi. Memang wangi tapi mahal nak beli maa.

     Russian Market ini banyak diceritakan dalam blog treveller. Antara tempat shopping cenderamata yang murah. Ya, memang murah dari Central Market. Boleh dapat 6 key chain hanya dengan USD3 berbanding USD5. Den dah terbeli di Night Market lorr..huhu tapi Cambodia silk takder kat situ setelah saya memusing round dalam tu. Russian Market lagi macam-macam ada dari Central Market. Dari cenderamata sehingga kepada menjual tayar dan skru. Kiranya bukan sekadar untuk pelancong malah market untuk orang tempatan juga mencari barang keperluan.

    Jangan terkojut kalo jupo penjual come lote putih melepuh sebab ada penjual orang Rusia dan boleh didapati juga barang Rusia tapi saya bolayan sebab ongkos maaa. Russian Market ini agak terkebelakang tempatnya dan dilindungi oleh bangunan.

    Solosai shopping kami balik hotel dulu. Lunch, mandi dan tido ( K.Mar jer ). Saya melangut depan tv yang 90 lebih channel tu setelah lama tidak mengadap tv. O la la. Kami kata kat P.Cik, satgi sambung semula na. Haha. Cian, baju P.Cik dah lencun dengan peluh.

Tonle Sap and Mekong river meet each other
   Petangnya kami sambung ke pertemua Tasik Tonle Sap dengan Sungai Mekong dalam cuaca yang terik. P.Cik pon kata bahawa Cambodia adalah negara yang panas dan jarang hujan. Hujan akan turun sekitar April katanya lagi. Dalam hati saya berkata bahawa antara tanda kemurkaan Allah apabila hujan jarang turun maka ambillah iktibar darinya. Sepanas-panas musim panas di Mesir masih sejuk dengan tiupan angin kerana masih ramai alim-ulama serta majlis ilmu masih dijalankan merata-rata.

   Namun dalam cuaca sebegitu masih ramai manusia di Diamond Island. Dah macam Jom Heboh la plak. May be depa dah biasa. Kebetulan ada pesta apatah dengan berpayung-payung macam booth di Jom heboh tu. Diamond Island masih dalam pembinaan. Siap ada kasino serta pelbagai restoran. Tempatnya nampak elit ala-ala Alexandria berbanding Cairo.

Lupa bangunan apa lorr..huhu
    Dalam perjalanan pulang kami jumpa bangunan ni dan suruh P.Cik berenti. Ini yang best naik tuk-tuk berbanding kereta sewa, van @ bas. Bole berenti dan bole ajak ke mana-mana on the spot. Wuhooo !

     Tak pasti bangunan apa sebab takde tulisan omputih. P.Cik ada kabo yang ini adalah bangunan kerajaan. Kagum betul dengan dorang ni. Dorang cukup bangga dengan seni bina dan budaya sendiri.

Monument Tower
    Kiranya apa yang cantik kami berenti dan ambil gambar walaupon di tengah jalan. Hehe.

Sami juga lepak lorr at dataran
    Last kami lepak di dataran hadapan Royal Palace. Memang dari pagi tadi K.Mar kata petang nak datang semula kat situ. Ramai orang. Rakyat Cambodia suka juga berlibur rupanya. Ada penjual, peminta sedekah, orang Buddha datang sembanhyang sebab ada dua tokong kecil di situ yang mana ramai penganut ambil berkat barangkali dari sami. Ada juga sami-sami muda dengan pakaian maroon dan oren. Warna itu barangkali mengikut tahap @ tingkatan ilmu.

Berduyun-duyun manusia
   Masih awal namun sebab takde tempat doh nak lawat maka kami balik ke hotel. Kan saya dah kata kalo setakat nak round Phnom Penh sehari pon dah cukup.

   Hari ketiga akan ke Siem Riep.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...