Friday 11 May 2012

Phnom Penh

Hotel Asia USD25 semalam
    Bertolak dari LCCT jam 3.20 pm. Tiba di Phnom Penh jam 5.00 pm ( waktu Malaysia ). Waktu Cambodia hanya lewat sejam dari sini. Perjalanan yang sekejap tidak meletihkan sangat. Apatahlagi sudah ada pekerja hotel  Asia yang K.Mar tempah dari awal datang menjemput di airport. Kami teruja apabila dijemput dengan MPV. Ternyata sangkaan tentang Cambodia yang mundur meleset apabila banyak MPV di atas jalan. Di Malaysia MPV boleh kira dengan jari maa. Barangkali tanah Cambodia yang tidak rata seperti Sabah. Itu kata K.Mar.

Save cost..bawa tupperware dan megi
     Hari pertama seperti rusa masuk pekan. Masih tidak tahu jalan walaupun sudah ada map. Maka dinner dengan maggi sahaja. Save cost sama.

Pemandangan hadapan Asia Hotel.
    Selepas Asar hanya melangut di koridor melihat warga Kemboja dan lalu-lintas yang sibuk. Satu pemandangan yang menarik dengan simpang-siur kenderaan. Namun semuanya bertoleransi dan bertimbang-rasa. Setakat berhari-hari lalu-lintas di situ tak jumpa lagi accident lorr.

Kenderaan akan surut apabila tengah malam
   Waktu malam kami mengambil kesempatan berjalan kaki mengenali jalan. Cuba menelusuri simpang-simpang yang besar. Kedai-kedai meriah sepanjang jalan. Penarik tuk tuk juga meriah menarik pelanggan. Kami juga menjadi mangsa namun cuba jalan dengan selamba.

   Perjalan akan diteruskan pada keesokkan hari. Hari pertama sudah letih. Mau berehat dahulu.

Tuk-tuk Pak Cik
   2nd day keluar jam 9.30 untuk mencari Restoran D'Wau iaitu restoran kepunyaan anak melayu Malaysia. Saya terbaca tentang restoran itu dalam akhbar Kosmo tidak silap saya dan bertekad untuk mencuba makanan di situ.

    Ambil tuk tuk seorang Pak Cik di sebuah hotel ketika K.Mar hendak tukar duit. Wajahnya yang tulus membuatkan saya mempercayainya. Melalui pembacaan saya dari blog-blog bahawa dreba tuk tuk kerap kelentong dari segi tambang maka saya dan K.Mar lebih berhati-hati agar dollar kami yang tidak banyak dipow begitu sahaja.

    D'Wau restoran terletak di bawah bahagian dalam Hotel New York. Tidak ler jauh sangat dengan dengan Asia Hotel namun jalannya yang bersimpang-siur membuatkan sedikit pening untuk memahaminya. Pak Cik kenakan tambang sebanyak USD2. Jika ikutkan blog-blog yang saya baca, harga itu masih tinggi namun saya berbaik sangka dengan peningkatan harga barang akibat kejatuhan dollar Amerika. Haha. Memandai saja saya ni kan ???

Nasi goreng Lok Lak 16,000 riel ( 1 USD = 4 riel )
    Sedikit seronok apabila jumpa orang Malaysia di negara orang. Seperti jumpa saudara-mara saja walaupun baru kelmarin jumpa beratus orang Malaysia..eheh. Tokey restoran itu orang Shah Alam. Orang area tempat tinggal K.Mar tu. Saya beranggapan bahawa tokeynya adalah anak muda seperti yang saya baca dalam akhbar namun M.Cik itu kata ketika itu hanya anaknya sahaja yang berada di Malaysia.

Sambal lada hitam yang super marvellous
    Seronok sekali lagi apabila tv di restoran ada TV1 walaupun tak pernah saya layan pun TV1..eheh. Tanpa kami sedar rupanya tv di bilik kami pun memang ada TV1..kuang kuang.

    Di D'Wau kami diperkenalkan dengan Zamri dreba tuk tuk. Melayu Kemboja yang masih muda. M.Cik tu kata nak tolong Melayu Islam cari rezeki. Maka selepas breakfast merangkap lunch kami ke Central Market menaiki tuk tuk Zamri. Zamri charged USD1. Pelik. Walhal Central Market dekat bebeno dengan Asia Hotel tapi kenapa tambangnya berbeda ya ??? ish..ish..

Cambodia silk
   Atenye nama pon pompuan. Round punya round Central Market yang beso ala-ala Pekan Rabu yang macam-macam ada tu maka terbeli ler sepasang Cambodia silk dengan harga USD12. Cantik bebeno warnanya. Terbabas dari niat asal tak nak shopping.

   Di Central Market juga ada jual batu permata di bahagian dalam. Pinggan-mangkuk belanga, pakaian, barang hiasan, cenderamata dsbnya lah. Memang penat berjalan round situ.

   Kami hanya berjalan kaki balik ke hotel untuk berehat sebelum berpindah hotel.

   Jam 12.00pm check out dan naik tuk tuk ke Holiday Villa Hotel. Antara sebab kami dapat segera ke Cambodia adalah K.Mar memenangi penginapan di Holiday Villa ini selama 2 malam. Selebihnya bayo sendiri maa.

   Oleh sebab K.Mar bawa beg tarik maka kami kena naik tuk tuk untuk ke sana walaupon nampak jer depan mata..hehe..Saya no hal agak selesa dengan backpack 35liter untuk digalas ke mana sahaja. Sampai sahaja rest sebentar dengan bilik yang lebih luas dan selesa. Dah rasa tersasar dari niat nak merasa kesusahan orang sana dengan keselesaan itu tapi free kan buat apa nak tolak..huhu

Holiday Villa Hotel
  Malamnya kami called Zamri untuk ke Night Market tapi Zamri ada hal maka diganti oleh kawannya yang sebaya dengan dia. Kami diingatkan oleh kawan Zamri agar berhati-hati dengan beg kerana tempat sesak begitu pasti ada pencopek yang panjang tangan. Ya lalu saya teringat pencopek di Mesir yang terlalu terror maka dengan pengalaman yang ada saya cukup berhati-hati.

   Tujuan kami ke Night Market kerana siang tadi Zamri kata Night Market lebih murah dari Central Market. Ternyata ada satu lagi tempat yang super murah yang akan saya ceritakan next entry..uwaaaaa..menyosal den terbeli key chain dan fridge magnet di Night Market tu. Takpe la itu bermakna rezeki penjual Night Market yer..sob sob.

   Next entry adalah hari ke 3 di Phnom Penh.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...